Monday, 23 February 2015
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Haji Yaacub pada 1978. Majalah pertama yang diterbitkan ialah Majalah Mingguan Kanak-kanak yang seterusnya disusuli oleh akhbar tabloid mingguan iaitu Bacaria, Watan, Media Hiburan, Majalah Remaja Majalah Nona dan sebagainya. Pasaran dalan bahan bacaan bahasa Melayu yang menggalakkan mendorong kepada peningkatan judul yang diperkenalkan oleh Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI)
UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) VISI Untuk menjadi institut terkemuka dalam perubatan molekul dan mencapai pengiktirafan global dan kecemerlangan. MISI Untuk menjadi sebuah institut penyelidikan yang sangat baik dengan menjalankan asas, gunaan dan penyelidikan translasional untuk meningkatkan kesihatan melalui ubat peribadi.
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai SYABAS telah diperbadankan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia, 1965 untuk menjalankan penswastaan perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.
Saturday, 21 February 2015
Majlis Perbandaran Kulai
Kulai pada tahun 1920, pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan.Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa cina di stesen Kereta api di Kulai. Namun, kerana kesukaran untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa cina maka namanya di tukar ke Kulai, dan ini terus kekal sehingga kini.
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) memperkenalkan The Blue Ribbon Campaign yang akan memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi kearah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok. Ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk ‘Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau’
Suruhanjaya Tenaga (ST)
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
Indah Water Konsortium Sdn Bhd syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kami satu-satunya syarikat pemeriksaan kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kenderaan perdagangan dan awam, serta kenderaan persendirian untuk pembiayaan sewa beli, pindah milik dan tujuan insurans.
Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad atau AmanahRaya, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan pada 1 Mei 1921. Ia dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh kerajaan dengan pegangan saham sebanyak 99.99% oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan 0.01% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)
Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka atau lebih dikenali sebagai PERTAM telah ditubuhkan pada 14 Mei 1991 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka 1991 setelah diluluskan penubuhannya oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu kepada PERTAM untuk membangun atau mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka. Walaubagaimanapun PERTAM mula beroperasi pada 16 Februari 1992 setelah menerima Geran Pelancaran daripada Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM 2 juta dan pelantikan seorang Pengurus Besar yang pertama.
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (LTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah.
SIRIM Berhad
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad (Standard & Industrial Research Institute of Malaysia) ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1975 di bawah Akta SIRIM (Incorporation) 157. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pelbagai disiplin terutamanya teknologi di Malaysia.
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) menawarkan pelbagai teknologi terkini cetak, peralatan moden dan perkhidmatan percetakan kapasiti tambahan kepada kerajaan dan sektor swasta.
Bank Rakyat
Bank Rakyat ialah sebuah bank Malaysia yang ditubuhkan pada bulan September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan gerakan koperasi di negara ini. Bank Rakyat dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Semenjak 1949, simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN) semakin meningkat. Pada 1949 ia mempunyai 229,652 penyimpan dengan simpanan berjumlah RM47.2 juta. Ketika pelancaran Bank Simpanan Nasional Malaysia pada 1 Disember 1974, ia mempunyai lebih daripada 2.5 juta penyimpan. Aset terkumpulnya melebihi RM537 juta, dan daripada jumlah itu, lebih daripada RM526 juta merupakan sekuriti Kerajaan. Jumlah kredit penyimpan melebihi RM511 juta. Pada akhir 1981, BSN mempunyai lebih 4.3 juta penyimpan dengan nilai aset terkumpul melebihi RM1.2 bilion.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara. Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996.
Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)
Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.
Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Closing Date : 25-Februari-2015
Lembaga Koko Malaysia (LKM) ialah agensi / lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti tanaman dan industri koko di Malaysia. LKM diwujudkan melalui Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 1988 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.
Kerajaan Negeri Perlis
Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia. Ia terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Satun dan Songkhla Wilayah Thailand di sempadan utara. Ia bersempadan dengan negeri Kedah ke selatan. Nama rasmi bagi Perlis Perlis Indera Kayangan.
AirAsia Berhad
AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia.
IJM Corporation Berhad
IJM Corporation Berhad adalah sebuah konglomerat Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dengan perniagaan dalam pembinaan, hartanah, industri, perladangan dan infrastruktur. Sejak penubuhannya, IJM telah teguh dalam usahanya untuk cemerlang dalam komitmennya untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Ini telah memperoleh pengiktirafan besar IJM dan reputasi yang sempurna di dalam dan di luar negara.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] telah diwartakan pada 3 September 2009 selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP)
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Negeri Pahang Ditubuhkan pada 15 November, 1969 dibawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969. Disahkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 01 April, 1971 (Pindaan 2002). Melambangkan sebahagian daripada nilai-nilai korporat yang menekankan kecekapan, inovasi, dinamik, produktiviti dan pertumbuhan. Bulatan yang meliputi logo mewakili Lembaga yang bertanggungjawab membentuk visi dan matlamat serta pembentukan strategi dan arah tuju LKPP. Di dalam bulatan ialah pokok sawit yang melambangkan perusahaan pertanian iaitu kegiatan utama LKPP.
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut. Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.
Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV)
Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV) is a leading global agriculture and agricultural commodities based in Malaysia. With operations worldwide, FGV produce oil palm and rubber, soybeans and canola products, oleochemicals and sugar products.
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam, established in 1983 is the first Shariah-based institutions in Malaysia. Since its inception, it has become a symbol of Islamic banking in Malaysia and its vision of a "Global Leader in Islamic banking" describes the Bank's status as a leader in the financial services industry in the country.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC)
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
Closing Date : 13-Mac-2015
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak(NREB), Sarawak was established on February 1, 1994 pursuant to Section 3 (1) of the Natural Resources and Environment, 1993 (Chapter 84 - Laws of Sarawak). NREB tasked with the responsibility to protect and manage the environment and conservation of natural resources based on the principles of sustainable development.
Job Interview Tips Practice
Practice, answering interview questions and practice your responses to
the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of
actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your
successes is a great way to promote your candidacy.
Prepare, a response so you are ready for the question "What do you know
about our company. Know the interviewer's name and use it during the job
interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview.
Try to relate what you know about the company when answering questions.
Get Ready, Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate
for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with
copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.
Be On Time, Be on time for the interview. On time means five to ten
minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time
so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.
Stay Calm, During the job interview try to relax and stay as calm
possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer.
Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be
embarrassed if you forget the question!
Show What You Know, Try to relate what you know about the company when
answering questions. When discussing your career accomplishments match them to
what the company is looking for.
Follow Up, Always follow-up with a thank you note reiterating your
interest in the position. If you interview with multiple people send each one a
thank you note.
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼