Ads 468x60px

Showing posts with label Statutory. Show all posts
Showing posts with label Statutory. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Closing Date : 22 October 2015

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231( 1980 ). LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek lebuhraya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Friday, 9 October 2015

Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Closing Date : 23 October 2015

Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992, melalui Jilid 36 No.16 yang diwartakan pada 30hb Julai 1992.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Closing Date : 30 October 2015

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Saturday, 3 October 2015

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Closing Date : 12 October 2015

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Closing Date : 8 October 2015

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) yang pada awalnya dikenali sebagai Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938, hasil bantuan sebanyak 1,000.00 paun sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM2,500.00 sumbangan dari kerajaan negeri Kelantan. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli Jawatankuasa yang terpilih pada waktu itu terdiri daripada En. A.C. Baker ;penasihat British, En.Gordon Hal, En. C.Crae dan YM Tengku Mahyiddeen. Bantuan sebanyak RM1,000.00 setahun diterima dari kerajaan negeri dari tahun 1939 – 1946.

Saturday, 6 June 2015

Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS)

Closing Date : 22 Jun 2015

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 MAC 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang di letakkan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan (dahulu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi). Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang 2.

Friday, 5 June 2015

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Closing Date : 8 Jun 2015

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta. Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007. Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

Closing Date : 9 Jun 2015

Sejarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bermula bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan. Sebagaimana Laporan Tahunan BSLN 1974 – 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN dibentuk pada 3 Jun 1958. Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah BSLN dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Closing Date : 16 Jun 2015

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231( 1980 ). LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek lebuhraya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Closing Date : 12 Jun 2015

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.


Wednesday, 3 June 2015

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Closing Date : 11 Jun 2015

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun, 1970 di bawah nama asal Dekri Darurat adalah Parti Lemabaga Kemajuan Pertanian Muda. Ia kemudian telah ditukar kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Closing Date : 7 Jun 2015

Universiti Malaya pada mulanya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949 sebagai gabungan kedua-dua institusi utama pendidikan tinggi di kolonial Tanah Melayu dan Singapura, Raffles College dan King Edward VII College of Medicine untuk memenuhi keperluan tanah jajahan. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, dua bahagian autonomi universiti, satu di Singapura dan satu di Kuala Lumpur, telah ditubuhkan pada tahun 1959. Kerajaan Tanah Melayu menyatakan hasrat untuk menukar status bahagian Kuala Lumpur ke sebuah Universiti kebangsaan dan berikut perundangan yang sesuai, Universiti Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1962.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)


Closing Date : 9 Jun 2015

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambilalih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Closing Date : 8 Jun 2015

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ialah sebuah badan berkanun di Malaysia. MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP juga bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhannya bertujuan membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung dengan hal ehwal agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 31 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Monday, 23 February 2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Closing Date : 12-Mac-2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.



Saturday, 21 February 2015

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

Closing Date : 03-Mac-2015

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) memperkenalkan The Blue Ribbon Campaign yang akan memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi kearah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok. Ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk ‘Perlindungan Dari Pendedahan Kepada Asap Tembakau’

Suruhanjaya Tenaga (ST)

Closing Date : 28-Februari-2015

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.

Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)

Closing Date : 03-Mac-2015

Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka atau lebih dikenali sebagai PERTAM telah ditubuhkan pada 14 Mei 1991 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka 1991 setelah diluluskan penubuhannya oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu kepada PERTAM untuk membangun atau mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka. Walaubagaimanapun PERTAM mula beroperasi pada 16 Februari 1992 setelah menerima Geran Pelancaran daripada Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM 2 juta dan pelantikan seorang Pengurus Besar yang pertama.

Lembaga Koko Malaysia (LKM)


Closing Date : 25-Februari-2015

Lembaga Koko Malaysia (LKM) ialah agensi / lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti tanaman dan industri koko di Malaysia. LKM diwujudkan melalui Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 1988 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Closing Date : 02-Mac-2015

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] telah diwartakan pada 3 September 2009 selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Job Interview Tips Practice

Practice, answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy.

Prepare, a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions.

Get Ready, Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.

Be On Time, Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.

Stay Calm, During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question!

Show What You Know, Try to relate what you know about the company when answering questions. When discussing your career accomplishments match them to what the company is looking for.

Follow Up, Always follow-up with a thank you note reiterating your interest in the position. If you interview with multiple people send each one a thank you note.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below